Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start writing!
Home » Hello world!
Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start writing!
1.1. Peraduan PERKESO Lindung Pekerja Jap Jangan Panik (selepas ini dirujuk sebagai “Peraduan”) dianjurkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) (selepas ini dirujuk sebagai “Penganjur”).
1.2. Di sepanjang Terma dan Syarat ini, perkataan “kami” merujuk kepada PERKESO (dan/atau agensi yang dilantik yang bertindak bagi pihak PERKESO).
2.1. Peraduan ini terbuka kepada individu yang menetap di Malaysia, merupakan pencarum aktif PERKESO, dan berumur 40 hingga 59 tahun pada masa penyertaan dihantar.
2.2. Kakitangan PERKESO dan/atau agensi yang terlibat secara langsung dalam penganjuran Peraduan ini boleh dikecualikan daripada menang, atas budi bicara Penganjur.
2.3. Penyertaan dalam Peraduan ini adalah secara sukarela, dan dengan menyertai Peraduan ini, anda mengesahkan bahawa anda memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan.
2.4. Dengan mengemukakan penyertaan, Peserta dianggap sudah memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat ini.
3.1. Peraduan ini akan bermula daripada 6 JULAI 2026, jam 12.00 tengah malam sehingga 15 JULAI 2026, jam 11.59 malam (selepas ini dirujuk sebagai “Tempoh Peraduan”).
3.2. Penyertaan Peraduan yang diterima di luar Tempoh Peraduan tidak akan diterima.
4.1. Untuk menyertai Peraduan ini, Peserta mestilah melengkapkan langkah-langkah berikut:
a. Muat turun aplikasi SEHATi;
b. Daftar dan lengkapkan butiran profil dalam aplikasi SEHATi;
c. Ambil tangkapan skrin bagi halaman yang diperlukan dalam aplikasi SEHATi, iaitu:
i. Halaman Profil; dan
ii. Halaman Pasaran;
d. Sebagai peluang tambahan, Peserta boleh memuat naik tangkapan skrin halaman Janji Temu sebagai bukti tempahan janji temu; dan
e. Layari Laman Peraduan di https://japjanganpanik.perkeso.gov.my/, isi maklumat yang diperlukan, dan muat naik tangkapan skrin yang berkenaan bersama-sama butiran hubungan peribadi.
4.2. Penyertaan yang lengkap dengan bukti tangkapan skrin halaman Janji Temu akan layak menerima satu (1) peluang tambahan dalam proses cabutan, tertakluk kepada pengesahan oleh Penganjur.
4.3. Setiap Peserta hanya dibenarkan menghantar satu (1) penyertaan sahaja sepanjang Tempoh Peraduan. Penyertaan berganda yang menggunakan butiran peribadi yang sama, termasuk tetapi tidak terhad kepada nombor telefon bimbit yang sama, boleh dianggap sebagai penyertaan pendua dan dibatalkan atas budi bicara Penganjur.
4.4. Penyertaan yang tidak lengkap, tidak jelas, mengandungi maklumat palsu, atau tidak memenuhi syarat penyertaan boleh dibatalkan tanpa notis terlebih dahulu.
4.5. Tiada sebarang yuran penyertaan dikenakan untuk menyertai Peraduan ini.
5.1. Hadiah-hadiah bagi Peraduan ini adalah:
Nota: Setiap hadiah yang mempunyai kuantiti berganda akan diberikan kepada pemenang unik yang berbeza (contohnya, 2 pemenang berbeza untuk Hadiah Kedua).
5.2. Pemenang akan dipilih melalui proses pemilihan rawak (sama ada secara automatik dan/atau manual).
5.3. Setiap Peserta hanya dibenarkan memenangi satu (1) Hadiah sahaja di sepanjang Tempoh Peraduan.
5.4. Penganjur berhak untuk:
6.1. Penganjur akan mengumumkan keputusan Peraduan melalui saluran rasmi PERKESO, seperti laman web dan/atau laman media sosial.
6.2. Pemenang akan dimaklumkan dalam tempoh yang munasabah melalui butiran hubungan yang diberikan dalam Peraduan (contohnya: WhatsApp, SMS, atau e-mel).
6.3. Pemenang boleh memilih sama ada untuk hadir secara fizikal bagi sesi pengambilan hadiah di lokasi yang ditetapkan oleh Penganjur (segala kos pengangkutan untuk sesi ini adalah ditanggung oleh pemenang ), atau memilih untuk hadiah dihantar melalui pos/kurier.
6.4. Sekiranya dihubungi, Pemenang mesti membalas notifikasi tersebut, mengesahkan kaedah tuntutan hadiah (hadir fizikal atau pos), menyediakan dan menghantar rakaman video penghargaan (jika pilihan pos) dan memberikan sebarang butiran tambahan yang diperlukan dalam tempoh 7 hari selepas dihubungi. Kegagalan berbuat demikian memberi hak kepada Penganjur untuk membatalkan hadiah tersebut dan memilih pemenang alternatif.
6.5. Pemenang bersetuju untuk menyediakan rakaman video penghargaan kepada PERKESO dan ulasan aplikasi SEHATi untuk kegunaan promosi Penganjur melalui salah satu kaedah berikut:
6.4. Semua hadiah yang tidak dituntut selepas tempoh maklum balas yang ditetapkan akan ditarik balik, dan Penganjur tidak mempunyai sebarang obligasi lanjut mengenai hadiah tersebut.
6.5. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai atau barangan lain dan ia tidak boleh dipindah milik.
6.6. Keputusan Penganjur dalam semua perkara yang berkaitan termasuk pengadilan dan pemilihan pemenang adalah muktamad. Sebarang surat menyurat atau rayuan berkaitan pengadilan dan pemilihan pemenang tidak akan dilayan.
7.1. Butiran hubungan yang dikumpul daripada Peraduan ini adalah semata-mata untuk tujuan pentadbiran Peraduan, pengesahan pemenang, dan penyerahan hadiah.
7.2. Butiran hubungan akan disimpan dalam fail berasingan yang terhad dan tidak akan dikaitkan dengan penyertaan individu Peraduan dalam pelaporan.
7.3. Penganjur akan menguruskan data peribadi selaras dengan undang-undang perlindungan data peribadi yang berkenaan.
7.4. Data peribadi tidak akan dikongsi dengan pihak ketiga kecuali bagi tujuan penyerahan hadiah, sokongan sistem, atau sekiranya dikehendaki oleh undang-undang.
8.1. Penganjur berhak, atas budi bicaranya sendiri, tanpa notis terlebih dahulu, untuk membatalkan, menangguhkan atau meminda Peraduan serta Terma dan Syarat ini sekiranya berlaku keadaan di luar kawalannya (termasuk tetapi tidak terhad kepada masalah teknikal, penipuan, atau perubahan dalam peraturan yang terpakai).
8.2. Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap:
8.3. Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan mana-mana peserta atau menarik balik hadiah sekiranya:
9.1. Keputusan Penganjur dalam semua perkara yang berkaitan dengan Peraduan (termasuk tetapi tidak terhad kepada kelayakan, pemilihan pemenang, dan penyerahan hadiah) adalah muktamad dan mengikat, dan sebarang surat-menyurat atau bantahan tidak akan dilayan.
9.2. Terma dan Syarat ini boleh dikemas kini dari semasa ke semasa; sebarang kemas kini akan disediakan melalui saluran rasmi PERKESO.
9.3. Dengan menyertai Peraduan ini, peserta dianggap telah membaca, memahami, dan bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat ini.
10.1. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai Peraduan ini, sila hubungi kami melalui saluran media sosial rasmi PERKESO.